Isnin, 2 Ogos 2010

RUKUN ISLAM?? APE TU?? iyee.. mmg saya SEORANG ISLAM.. tetapi perlukah sy mengetahui RUKUN ISLAM??

Bismillahirrahmanirrahim.. salam sahabat dari sahabat, sudah lama x coret-coret kat Blog ni, bkn x nk buat, tpi sibuk dgn benda lain, tambah2 plak line tak clear (putus-putus) n kekadang buat hal..

Saya rasa tajuk yg sy kira penting bg sy klau sahabat rasa penting, jenguk-jenguk la kt sini.. "promote" tpi xder paper pon, yg saya mksdkan tajuk kat sini ialah RUKUN-RUKUN ISLAM, sebagaimana kita tahu ramai dikalangan pemuda-pemudi (remaja belia Angkatan Negara) kita dia tahu dia seorang islam, akan tetapi dia tidak tahu dan tidak mengenali siapa itu Allah,Rasul s.a.w, mengapa kita diwajibkan menunaikan solat 5 waktu,puasa dibulan ramadan,mengeluarkan zakat dan pergi haji bg yg berkemampuan.Ini adalah benda ASAS dalam islam dan WAJIB bagi kita sebagai hamba Allah Taala utk mengabdikan diri kepadanya sebagaimana keterangan saya sebelum ini hadis Jibril yg mengandungi jawapan Nabi s.a.w tentang Islam iaitu penyaksian bahawa tiada Tuhan yg berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah,mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa dibulan ramadhan dan menunaikan haji bagi mereka yg mampu. Berdasarkan hadis ini, boleh disimpulkan bahawa Islam itu terdiri daripada tiga rukun iaitu:

1. Penyaksian bahawa tiada Tuhan yg berhak disembah melainkan Allah.
2. Penyaksian bahawa Nabi MUhammad itu pesuruh Allah.
3. Amal soleh yg trdiri daripada sembahyang, zakat, puasa dan haji.

Keempat-empat amal soleh ini telah diterangkan dalam hadis tadi memandangkan ia adalah satu peringatan kepada kita semua sebagai seorang muslim bahawa ISLAM TIDAK CUKUP DENGAN HANYA MELAFAZKAN DUA KALIMAH SYAHADAH sahaja jika kita tidak sertai dengan AMAL SOLEH dan melaksanakan tuntutan yg terkandung dalam kedua-dua kalimah tersebut, mungkin benda ini dapat saya pecah kepada tiga tajuk dan setiap rukun saya akan cuba huraikan dalam tajuk berasingan utk memberi gambaran yang lebih jelas buat kita semua InsyaAllah.

= Rukun yg pertama

"PENYAKSIAN BAHAWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH"

~ Ingin saya terangkan apa yg dimaksudkan erti syahadah "penyaksian". Syahadah itu memberi erti kata mengetahui, iaitu memberitahu dan menjelaskan. Oleh yg demikian orang yg bersyahadah ialah dinamakan org yg bersaksi, kerana dia memberitahu apa yg diketahui olehnya. Selain boleh dilakukan dgn perbuatan. Antaranya penyaksian atau pemberitahuan dgn perbuatan ialah sebagaimana diterangkan dalam firman Allah Taala yg bermaksud:

"Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. (At-Taubah; 17)

Ini adalah penyaksian mereka sendiri dgn apa yg mereka kerjakan dimana perbuatan mereka itu telah dijelaskan dan menzahirkan bahawa mereka itu adalah Kafir.

Syahadah juga merujuk kepada makna mengakui, mengiktiraf dan mempercayai. Seseorang yg bersaksi sudah tentu dia mempercayai dan menyakini akan kebenaran apa yang dia saksikan dan apa yg diakatakan. Sekiranya dia bersaksi dengan apa yg dia sendiri tidak yakini atau ragu-ragu penyaksiannya itu adalah satu pembohongan kerana apa yg dia katakan tidak menepati apa yg dia yakini sebagaimana firman Allah Taala yg bermaksud:

"Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai muhammad), mereka berkata,: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. (Al-Munafiqun: 1) "

Jelaslah disini bahawa golongan munafik ini dianggap berdusta, kerana mereka tidak mengakui kebenaran yang mereka ucapkan sendiri dan tidak mempercayai atau menyakini apa yg mereka katakan sendiri.

Jadi Ungkapan "saya bersaksi" disini merujuk kepada pengetahuan, pemberitahuan,dan penjelasan disamping ia merujuk kepada pengakuan,ketundukan,kepatuhan dan keyakinan.

"Erti Ilah"

Mungkin ramai diantara kita tidak ketahui apa yg dimaksudkan dengan erti Ilah, sebagaimana sedia maklum, erti Ilah disini bermaksud tuhan yg disembah. Ia digunakan sama ada yang disembah itu adalah yg hak ataupun yang batil. Dan pengertin yg digunakan dalam perkara batil ini adalah sebagaimana yg terdapat dalam firman Allah Taala yg bermaksud:

"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang-orang yg menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yg dipatuhinya. (Al-Jathiyah:23)

Manakala pengertian yang "hak" adalah sebagaimana firman Allah Taala yg bermaksud:

"Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yg berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan. (Muhammad: 19)

Sebagaimna juga terdapat hadis bahawa Rasul s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
"Bahawa kamu menyaksikan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah"


...BerSamBunG..