Isnin, 5 April 2010

DAKWAH?? apa itu DAKWAH?? mengapa harus BERDAKWAH?? siapa yang wajib BERDAKWAH?? kepada siapa wajib kita BERDAKWAH??



Bismillahirrahmanirrahim.. sebelum saya nk smbung solat, saya nk citer sikit apa yg dimaksudkan dgn DAKWAH, sebagaimana yg saya citer yg lepas dakwah adalah islam, iaitu agama yg diwahyukan oleh Allah s.w.Taala kepada Rasulnya, Muhammad s.a.w. sbgaimana yg terkandung dalam al-Quran dan sunnah baginda. Disini saya ingin berkongsi apakah yg dimaksudkan dengan islam sebagaimana islam itu sendiri boleh ditakrifkan dgn bnyak definisi sebagaimana dalam sebuah hadis yg diterangkan bahawa Jibril tlh datang berupa seorang arab badwi bertanyakan Rasul s.a.w tentang islam supaya dapat didengar oleh para sahabat yg hadir dan secara tak langsung mereka dapat mempelajari agama mereka. Antara kandungan hadis itu ialah:
(jibril berkata) Beritahulah saya tentang islam? Jawab baginda s.a.w Islam itu ialah bersaksi bahawa tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, selawat dan salam keatasnya , kamu mendirikan sembahyang, kamu menunaikan zakat, kamu berpuasa dibulan ramadhan dan kamu menunaikan haji jika berkemampuan.
Yang kedua ialah islam yg ketundukan, iaitu penyerahan diri dan kepatuhan kepada allah, Tuhan sekalian alam. Keutuhan ini pula perlu berlaku dgn penuh kesedaran dan kerelaan diri bknnya kerana terpaksa atau dipaksa. Ini kerana ketundukan kepada Allah atau sunnatullah secara terpaksa adalah sifat semulajadi semua makhluk dimuka bumi ini. Tidak timbul soal ganjaran pahala atau balasan siksa kerana ketundukan seperti ini. sebaimana firman Allah Taala:
"Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah?? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan dibumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka kembalikan. (Aali imran:83)

Semua makhluk akan tunduk dibawah ketentuan Allah dan sunnalullah sama ada dari segi kewujudannya, kesinambunggannya dan kehancurannya. Dalam hal ini manusia berbeza dgn makhluk-makhluk yg lainberlainan pula dalam soal ketundukan kepada allah, Tuhan sekalian Alam dengan penuh kerelaan.soal inilah yg menjadi landasan Islam dan perlu dilaksanakan oleh manusia. Disini barulah timbul soal pahala dan siksa, bukti ketundukan yg sempurna kepada hukum Allah dilihat berdasarkan sejauh mana keredaan dan penerimaan sepenuhnya kepada hukum ini tanpa ada syarat dan alasan. firman Allah Taala:
"Dan sesiapa yg berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yg teguh, dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan."(Luqman:22)
Perkataan islam ini digunakan bg merujuk secara khusus kepada agama yg dibawa oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w dan kepada makna kepatuhan yg sepenuhnya kepada Allah tanpa dalih dan alasan. dengan kepatuhan ini, maka lahirlah ketundukan manusia kepada Allah dengan penuh kerelaan. Ini hakikat yg dikehendaki dan dituntut sebagaimana maksud islam dalam pengertian yg khusus inilah yg dimaksudkan oleh Allah dalam firmannya:
"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu, dan aku telah redakan islam itu menjadi agama untukmu." Al-Maidah:3)
berdasarkan huraian ini, mungkin kita semua dapat memahami difinisi islam dengan maknanya yang khusus ialah ketundukan dan kepatuhan kepada Allah, Tuhan yg mentadbir alam dgn penuh kerelaan dan sebagai bukti kepada ketundukan tersebut ialah dengan mematuhi segala ketetapan dan peraturan Allah yg diwahyukan kepada rasulNya Muhammad s.a.w dan diperintahkan supaya ia disampaikan kepada manusia..
seperti kita fahami bahawa konsep islam ialah menyeluruh dan lengkap kerana ia merangkumi kesemua aspek kehidupan manusia bab kata mat solleh (way of life)dan ia merupakan dasar kepada sistem akhlak yg mulia, yg dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dari TuhanNya utk disampaikan kpd seluruh manusia termasuklah kita yg digelar manusia. Kesan drp it, maka sesiapa yg patuh dan taat akan diberikan pahala dan sesiapa yg mengingkarinya akan diseksa sebagaimana firman allah s.w.t yg bermaksud:
"dan sesiapa yg mencari agama selain drp agama islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pd hari akhirat kelak tergolong dikalangan orang-orang yg rugi" (Aali-Imran:85)

Agama yg saya mksudkan disini ialah agama yg mengandungi pengertian yg saya sebutkan diatas iaitu Islam yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dari Tuhan semesta alam.
Islah juga satu peraturan yg diturunkan oleh Allah kepada RasulNya, Muhammad s.a.w berkaitan dengan akidah,akhlak,ibadat, muamalat dan segala perkhabarab yg terkndung dlm al-Quran dan sunnah yg diperintahkan oleh Allah supaya baginda sampaikan kepada umat manusia sebagaimana firman Allah Taala yg bermaksud:
"Wahai rasul Allah! Sampaikanlah apa yg telah diturunkan kepadamudari tuhanmu, dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusannya, dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. (Al-Maidah:67)

Islam juga adalah jawapan yg betul lagi benar kepada tiga persoalan yg sentiasa bermain di fikiran kita dari dulu hinggalah sekarang. Persoalan ini sering berlegar di kepala kita apabila bersendirian sambil memikirkan tentang urusan kehidupan atau ketika mengikuti junazah atau ketika menghadiri pengebumian. Tiga persoalan ini ialah:-

Dari mana kita datang??
Apakah tujuan kita datang??
Dan kemanakah kita akan kembali??


Jawapan-jawapan kepada persoalan ini sebagaimana telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w, keseluruhannya samaada secara umum atau terperinci merupakan terjemahan kepada erti islam itu sendiri.
Berhubung dengan permasaalahan pertama,Allah Taala menjawab dalam banyak ayat-ayat al-Quran. Antaranya ialah:

"Wahai umat manusia,sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatikanlah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yg disempurnakan kejadiannya dan yg tidak disempurnakan (Kami jadikan secara yg demikian)kerana kami hendak meneangkan kepada kamu (kekuasaan kami); dan kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yg mengandung itu) apa yg kami rancangkan hingga ke suatu masa yg ditentukan kelahirannya, kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai keperingkat umur dewasa , dan (dalam pada itu) ada diantara kamu dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula dilanjutkan umurnya ke peringkat yg nyayuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yg telah diketahuinya dahulu." (Al-Haj:5)

Firman Allah yg bermaksud:

"Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yg beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi), dan tidak menjadi suatu benda yg disebut-sebut,(maka mengapa kaum musyrik itu mengkari hari akhirat)?? Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yg bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan), oleh itu maka kami jadikan ia berkeadaan mendengar dan melihat. (Al-insan:1-2)

"(Setelah mengetahui yg demikian), maka hendaklah manusia memikirkan, dari apa ia diciptakan. Ia diciptakan dari air (mani) yg memancut (ke dalam rahim)- yg keluar dari tulang "sulbi" lelaki dan (tulang dada) perempuan." (At-tariq:5-7)

Ayat-ayat ini menerangkan kepada kita bahawa manusia pada asalnya tiada,lalu Allah cipta drp tanah, kemudian Allah jelaskan dalam ayat-ayat tadi. Manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s telah diciptakan drp tanah manakala keturunan dan anak cucunya pula daripada "Air mani yg dipancarkan (kedalam rahim)iaitu titisan yg memacut keluar daripada tulang sulbi lelaki dan tulang dada perempuan.


Persoalan permasaalahan yg kedua sebagaimana firman Allah Taala yg bermaksud:
"Dan ingatlah, aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadat kepadaku" (Az-Zariyat:56)

Setiap ibadah kita mengandungi makna mengenal Allah (makrifatullah), kecintaan dan kepatuhan kepadanya serta kita mengikuti kesemua peraturan peraturan dan sistem yg telah ditentukan oleh Allah untuk manusia agar manusia itu sendiri mencapai tahap kesempurnaan dan darjat yg ditetapkan. Kesemuanya ini supaya manusia mencapai kebahagiaan yg sebenar dalam hidup didunia dan diakhirat Jadi, manusia diciptakan oleh Allah untuk tujuan ibadah yg mengandungi makna yg luas.

Dan persoalan yg ketiga, Allah Taala telah menjawabnya dalam bnyk ayat-ayat al-Quran. Antaranya:

"Wahai manusia, sesungguhnya kamu berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dgn sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada tuhanmu, kemudian engkau tetap menemu balasan apa yg engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya)." (Al-Insyiqaq:6)

Firman Allah Taala lagi yg bermaksud:
"Allah memulakan kejadian sekalian makhluk,kemudian ia mengembalikanNya (hidup semula pada hari kiamat), kemudian padaNyalah kamu akan dikembalikan (untuk menerima balasan)." (Al-Rum:11)

"Ingatlah, sesungguhnya kepada hukum Tuhanmulah tempat kembali (utk menerima balasan)" (Al-Alaq:8)

Ayat-ayat diatas menjelaskan kepada kita bahawa tempat kembali manusia selepas matinya ialah kepada penciptaNya utk diberikan pembalasan berdasarkan amalan kita didunia dan seterusnya dimasukkan ke tem pat yg layak baginya. SekiraNya kita tergolong dalam golongan yg membersihran diri dengan mengabdikan diri kepadaNya. InsyaALLAH kita ditempatkan ditempat golongan orang-orang yg baik iaitu syurga. SekiraNya kita salah seorang g mengotorkan diri dengan maksiat dan berkekalan dalam melakukanNya, maka kita akan diletakkan bersama golongan orang-orang yg kotor iaitu neraka jahannam..





..bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan