Isnin, 5 April 2010

Usul Dakwah (Islam dan Dakwah)


Dengan kalam yg maha esa saya mula tirai Assalamualaikum kepada semua sahabat dan sahabiah. Saya ingin berkongsi maklumat dengan sahabat semua tentang topik yang saya kira agak menarik iaitu islam dan dakwah. Pertama, apa yg dimaksudkan dgn dakwah, sebagaimana kita ketahui dakwah ialah seruan kepada Allah s.w.t sebagaimana firman allah taala yg bermaksud:

"katakanlah (wahai muhammad) inilah jalanku,Aku dan org-org yg menurutku, menyeru (manusia umumnya) kepada Allah dgn berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas." (yusuf:108)

Dan mksud seruan kpd Allah ialah seruan kpd agamaNya iaitu agama islam yg dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w drp Tuhannya. firman Allah Taala yg bermaksud:
"sesungguhnya agama yg diredhai di sisi Allah ialah Islam" (Aali Imran:19)
secara tidak langsung, islam adalah topik dan teras kepada dakwah itu sendiri, jd islam menjadi ASAS ATAU DASAR PERTAMA bg dakwah. Sesungguhnya rasulullah s.a.w tlh menyampaikan islam yg agung dgn cara yg terbaik dan amat sempurna.Baginda menyampaikan secara berterusan sehingga berterusan akhir hayat baginda semenjak Allah memuliakannya melalu perlantikan nya sbg seorang RASUL.utk tujuan dakwah inilah Allah mengutuskan baginda dgn firmannya yg bermaksud:
"Wahai nabi,sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap ummatmu), dan pembawa berita gembira (kepada org-org yg beriman) serta pemberi amaran (kepada org-org yg ingkar). dan juga sbg penyeru (ummat manusia seluruhmya) kepada agama Allah dgn taufiq yg diberinya, dan sebagai lampu yg menerangi." (ahzab:45-46)

Dengan ini, baginda s.a.w merupakan pendakwah pertama yg menyeru manusia kepada islam. Oleh itu, pendakwah adalah ASAS KEDUA bagi dakwah.
Golongan yg diseru oleh baginda kepada adalah terdiri daripada bangsa arab dan bukan arab. Ini kerana risalah baginda bersifat sejagat dan merangkumi seluruh umat manusia, tidak terbatas kepada orang arab sahaja sebagaimana firman Allah Taala yg bermaksud:
"Dan Kami mengutuskan (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yg beriman) dan pemberi amaran kepada (orang-orang yg ingkar)" (Saba':28)

Dengan ini, golongan yg diseru atau sasaran dakwah ini merupakan ASAS KETIGA bagi dakwah.
Rasulullah s.a.w tlh menyampaikan dakwah berdasarkan kaedah dan teknik yg tlh diwahyukan oleh Allah, menurut al-Quran dan al-sunnah.Kaedah dan teknik dakwah serta semua perkara yg ada kaitan dengannya menjadi ASAS KEEMPAT bagi dakwah. dengan ini saya dapat simpulkan bahawa dakwah itu terdiri kepada empat peringkat asas, iaitu topik dakwah,pendakwah,sasaran dakwah dan kaedah dakwah. Dan insyaALLAH, saya akan sambung dengan topik yg pertama iaitu DAKWAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan